Jumaat, 15 Mei 2009

Antara Percaya...Syak Wasangka...Cemburu....


Tak kiralah,sama ada yang tengah bercinta...yang sedang bercinta...dan dah bercinta....3 patah perkataan ni dah sinonim.Bagi yang dah berkahwin dan nak kawin dan sedang kawin (ada ke sedang kawin hahahaha) 3 patah perkataan cukup penting.Percaya.....syak wasangka...dan cemburu pada pasangan...
Percaya....perlu ada dalam setiap pasangan.Baik yang tengah bercinta.Sedang berkira-kira nak bercinta.Sedang kira duit nak kawin...dan yang dah kawin hatta yang dah bercucu-cicit pun.Sebab apa?Sebab inilah yang menentukan sejauh mana hubungan akan bertahan...dan berkekalan.Puncanya mudah....kalau dah tak percaya...macamana nak duduk serumah...tido sebilik dan sebantal...(jangan fikir merapu aaaa).Samalah kita....macam mana nak diamanahkan sesuatu tugas kalau kita tak percaya pada dia.Sebab tu kepercayaan cukup penting.Sesuatu hubungan tak kira apa jenis hubungan sekali pun...asasnya kepercayaan.

Namun,perlukah kita percaya 100%.Pastinya tidak.Mempercayai sesuatu...dengan sepenuhnya tanpa syak wasangka umpama menyimpan bom jangka.Pasti meletup tapi kita sendiri pun tak pasti bila letupnya.Sedar-sedar dah berkecai dan berterabur.Baik suami atau isteri....baik pakwe atau makwe....baik awek atau balak...atau apa saja istilah zaman sekarang....letakkan sedikit syak wasangka.Perhatikanlah tingkah laku...mana yang pelik...mana yang lazim dibuat.Jangan percaya membuta tuli....nanti ada yang makan hati.Kalau nampak tengah malam usung handphone masuk toilet....perhatikanlah.Ada yang tak kena.....jangan buat buta je.

Dari syak wasangka akan menerbitkan rasa cemburu.Cemburu ni pulak ada jenis cemburu buta...ada jenis cemburu celik.Dan jangan terkejut,kerana cemburu manusia boleh buat apa saja dan kengkadang yang tak masuk akal pun ada jugak.Pelik je bunyinya.Mau tak pelik...ada kes cemburu dengan kereta...dibakarnya kereta.Cemburu dengan baby umur 3 tahun....cemburu dengan makcik.

Cemburu ini adalah perhiasan wanita.Jarang sangat lelaki ni cemburu.Cemburu boleh dikatakan kuat pada wanita.Pernah satu pendapat mengatakan....lelaki tanpa nafsu umpama mayat....perempuan tanpa cemburu umpama tiada hayat.Haa...sendiri mau pikirla pesal ada pendapat mengatakan begitu.
Cemburu tandanya sayang....kerana kasih sayanglah jugak....lahirnya cemburu.Cuma cemburu yang macamana.Cemburu biarlah bertempat...bukan cemburu yang membabi buta.Letakkan rasionalnya.Banyak kes rumah tangga huru hara kerana cemburu.Banyak jugak kisah cinta putus tengah jalan kerana cemburu.Kononnya orang ketiga.

Mungkin betul kerana orang ketiga...tetapi kebanyakkan cemburu yang tak bertempat.Contohnya cemburu suami balik lambat....konon pergi menggatal padahal si suami membanting tulang cari rezeki.Puncanya banyak...dengar cakap orang atau ikut rasa hati.

Rumah tangga mana tak gelora.....rumah tangga mana tak kena tsunami.Tapi aku masih bersyukur...aku dan mahani masih bahagia hingga kini.Kengkadang macam terasa baru je nak ngorat isteri aku ni.Macam zaman bercinta dulu-dulu...hehehehe

1 ulasan:

  1. kita pon tak tau apa akan jadik pada diri kita pada masa akan datang yg penting saling percaya antara satu sama lain dan bertolak ansur..

    mudah2an kekal bahagia rumah tangga ang yer:)

    BalasPadam