Jumaat, 8 Mei 2009

Balik Kampung.....Hujung Minggu

Aku percaya ramai yang mengalami situasi macam aku....Hari Isnin datang kerja muka masam....Tapi hari Juma`at nak balik muka manis je...macam kena simbah dengan air gula.Hihihi....

Tambah pulak dengan orang yang senasib dengan aku.....isteri duduk jauh.Huhuhu...macam yang sedang aku alami.

So kalau nak balik kampung tu perhatikan perkara-perkara ni diambil kira :
  1. Check tayar....botak ke...ada rambut ke...ada angin ke.Penting sebab kalau jadi apa-apa kat tayar macam mana korang nak sampai kerumah dengan cepat dan selamat.Pastikan tayar dalam keadaan baik.Dan jangan lupa jugak check tayar spare....sekurang-kurangnya bila tayar spare ada angin...buat pancit tengah jalan boleh jalan lagi.Kalau tayar spare pun ko....ada yang meraung.
  2. Check minyak...yang ni penting.Jangan main redah je.Tengok ada lagi setitik dua jalan dulu.Buat kalau tersangkut dalam jem...minyak pulak dah kaler merah lampu yang naik...mau biru biji kundang mata korang.Sebaik-baiknya,isi la.Paling cokia isi sampai setengah tank.Selamat sikit.Untuk keselamatan....dah le ramai yang tak sabar nak sampai.
  3. Check keadaan enjin.....ok ke...enjin tu nak barai ke?So kena rajin la pi servis.Macam isteri jugak..kena rajin buat maintenance.Almaklumlah...benda nak guna lama.Sendiri mau ingatla.Bukan apa....enjin ok korang boleh bawak dengan hati yang tenang dan senang.Tumpuan 100% atas jalan je.
  4. Jangan sesekali terlupa bawak lesen dan pastikan roadtax tu ada lagi.Kalau tidak, ada yang redah roadblock polis.Time tu....macam-macam boleh jadi.Nak masuk Metro muka depan pun boleh....nak masuk dalam lubang kubur pun boleh.Benda kecik tapi cukup penting.
  5. Bawak le kereta elok-elok.Jangan merempit dan ingatlah....ada orang yang sedang merindui kita dan tak sabar nak jumpa kita.Mungkin dia tak tunjuk yang betapa sukanya dia nak jumpa kita...tapi dalam hati cukup berkobar-kobar tunggu kita balik.Sanggup ke korang....yang balik korang dalam keadaan yang agak mengerikan.....So beringatlah....


Selamat Hari Ibu.........Mengenang Seseorang Yang Telah Pergi


Mahani SMS aku....Ahad ni Hari Ibu...so kitaorang planning nak bawak mak mertua aku pi makan kat tempat special sikit.Sebenarnya aku langsung tak ingat hari ibu...ada sebabnya....
Bulan 5 2003....tanggal 13hb...orang paling aku sayang dan orang paling aku hargai...paling berjasa dalam hidup aku dah meninggalkan aku buat selama-lamanya.Tarikh itulah mengubah hidup aku....ibu,Jameah Binti Haji Hussein kembali kerahmatullah.Tiada orang dalam dunia ni yang lebih aku sayangi melainkan dia.
Perginya ibu sebenarnya mengubah sebahagian besar hidup aku pada masa tu.Aku hilang teman seronok dan teman duka....hilang tempat untuk aku menumpang kasih....hilang tempat aku berkongsi kisah segalanya.Sebenarnya,aku masih lagi terngiang-ngiang ditelinga aku...suara mak memarahi aku....suara mak yang bersembang dengan aku.Kengkadang aku terasa macam baru semalam mak aku meninggalkan aku sedangkan dah hampir 6 tahun ibu pergi.Masih terbayang sebenarnya...waktu aku dan ibu bersembang ditangga rumah...masih terbayang lagi....sayur keladi yang ibu akan sediakan setiap kali aku balik kampung.
Aku masih terasa semua tu macam baru semalam berlalu....dan aku masih terasa sampai sekarang....ibu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan aku....Hari Selasa...pukul 7.00 pagi.
Yang pasti sebenarnya aku masih terkenangkan ibu dan ayah......
Mungkin ada perkara yang ayah dan ibu kita yang tak sehaluan dengan kita.Mungkin akan ada konflik...tapi ingin aku katakan...sebenarnya masih beruntung sesiapa yang bangun paginya....memanggil ibu...memanggil ayah.Masih merasa air tangan ibu memasak....masih merasa lembut baju tangan ibu membasuh....masih terasa lembut tangan ibu memujuk.Masih terdengar suara si ayah....masih melihat kelibat si ayah.
Kenapa aku kata beruntung....kerana itulah orang seperti aku merindui untuk melaluinya.Itulah saat yang tak mungkin akan berulang kembali sampai kita mati.Itulah sebenarnya saat paling manis yang sebenarnya kita tak mahu mengakui.
Tanpa ayah dan ibu...mustahil kita akan mengembara di dunia ini....tanpa ayah dan ibu mustahil kita semua akan berada dimana kita semua berada sekarang ni.Tak kirala..raja...perdana menteri atau siapa kita sekarang.Dari ibu dan ayah lah permulaan kejayaan kita.
Bagi yang masih memiliki ibu dan ayah....jangan sampai kehilangan baru kita meratapi.Jangan sampai kehilangan baru kita merindui.Ambil lah masa ini bahagiakan si ibu...bahagiakan si ayah.Kerana mereka pernah membahagiakan kita dulu...mereka pernah mengembirakan kita dulu.
Mungkin sekarang ramai antara kita yang telah berjaya...ramai antara kita yang dah kaya.....tapi antara sedar atau tak....dalam masa yang ada ibu dan ayah kita yang masih papa kedana............


Letih Yob...Main Badminton Semalam


Dah lama aku tak main badminton..semalam baru main.Mak ai letihnya.Ni la aktiviti aku kat Lenggong ni.Almaklumlah...Prehistorical Town...Dengan Muzium PerakMan yang tak berapa jauh dari dewan aku main badminton semalam...penat yop.Terpaksa jugak bersenam....takut gemuk.Ni pun dah ramai yang kata aku dah berisi....tak boleh jadi.Kena jugak bagi kurus....Isteri aku pun dah sound.Di kata aku dah gemuk.Hmmmm

Khamis, 7 Mei 2009

Lengkap Sudah Satu Rampasan.....Mencabar Rakyat

Aku mengikuti dari awal Sidang DUN Perak...tambah pulak kawan aku ada kat dalam dewan.Memang betul kata dia....BN kemaruk kuasa!Benda yang dulunya Undang-undang sekarang langsung tak dipandang.Sekarang dah jadi matlamat menghalalkan cara. Speaker Perak V.Sivakumar diseret keluar dewan.Mana ada dalam sejarah dunia....speaker parlimen atau speaker DUN dibuat macam tu.Makin benarlah kata kawan aku....kerana kuasa,huru-hara dunia.Satu-satunya simbol kuasa rakyat di Dewan Negeri Perak dah dicabut dengan rakus oleh BN.Bermula dari MB...Exco sampai ke Speaker Dewan...Semuanya Haram!!!!!
Sekarang....Lengkaplah sudah satu rampasan kuasa dari BN.Aku percaya...rakyat perak tak akan duduk diam dan dah pasti menambah kebencian rakyat pada BN. Dulu Pak Lah mencabar rakyat malaysia...konon pantang dicabar.Rakyat jawab dengan kekalahan BN paling teruk dalam sejarah.Sekarang BN mencabar rakyat perak.Dan aku percaya rakyat perak akan menyahut cabaran BN.....
Aku bukan penyokong BN...dan aku jugak bukan penyokong PAS atau PR.Tapi dengan apa yang berlaku,sebagai rakyat kita semua boleh berfikir.Bagaikan sebuah negara yang langsung tak bertamadun,rampasan kuasa dibuat.
Aku ingin mengingat kembali apa yang pernah dinyatakan Rasullullah S.A.W bahawa manusia ini akan bercakaran kerana 3 perkara....Harta,Kuasa Dan Wanita.Sekarang,ini telah terjadi didepan mata dan lebih malang lagi....pemimpin yang kita pilih...yang kita undi....yang kita semua sokong.Sepatutnya pemimpin atau khalifah menjadi contoh yang baik.Bukan seperti apa yang berlaku di Perak sekarang ni.
Memang apa yang berlaku dalam politik tidak membawa kesan yang besar pada kehidupan kita.Siapa naik,kita masih sama macam dulu.Tak ada yang berubah pun.Tapi sekurang-kurangnya kita celikkan mata...jadi warga yang prihatin pada apa yang sedang berlaku.
Moral yang paling penting boleh diambil....mungkin kita berjaya dengan prinsip Matlamat Menghalalkan Cara...tapi harus jugak kita ingat...Cara yang haram boleh mengharamkan yang sepatutnya halal

Janji Gaji Aku Tak Masuk Dah....

Aku baru lepas jumpa kawan aku...dia baru balik dari Ipoh.Hah..Ipoh? Kat Ipoh panas sekarang beb...mau tak panas.Cuaca panas....tengah pekan Ipoh mana nak cari pokok untuk beteduh.Hihi....Ala,satu Malaya tau apa tengah jadi kat Ipoh sekarang.Berebut kerusi...rumah lama aku ada banyak kerusi.Apasal orang tak nak berebut kerusi tu haaaa....

Aku meminjam cakap kawan aku tadi "Punya la ramai manusia kat Ipoh.....jalan banyak tutup.Dengan jem lagi...FRU bersepah...Water Cannon pun bersepah.Dah jadi macam kawasan perang dah Ipoh.Apa la punya bengong....orang undi sebab nak suruh depa jaga kita yang bawah tapi sekarang tengok la.Menyusahkan orang.....Lantak la puak-puak ni nak berebut kuasa....janji aku mengadap pintu bank 25hb ni jangan tak ada gaji sudah.Kalau tak mau aku bakar je bangunan SUK Perak tu...."

Apa pengajaran?Banyak sebenarnya...menunjukkan ni la kalau kemaruk dan tamak kuasa.Tak kirala kuasa apa pun...Huru hara satu negeri.....boleh la kita relatedkan perkara ni dalam keluarga kita.Mak ayah bergaduh nak tentukan....tahun raya kita balik mana.Sudahnya anak-anak yang pening tak tau nak kemana.Lastnya...kemana pun tak balik.Raya kat situ je.Kesannya.....anak-anak akan terasa.Waktu orang lain beraya balik kampung,anak kita sunyi beraya kat sini.Tak ada kena mengena raya dengan kerajaan Perak...sekadar renungan je la.

Then lastly...rakyat bosan.Dan bila bosan tu yang keluar ayat last sekali yang kawan aku cakap.Sebabnya...dah muak sesangat.Samala dengan anak-anak kita,dok asyik bergaduh dan berkelahi...anak-anak jadi bosan.So bila dah bosan...macam-macam la huru-hara yang anak kita akan buat.Tu yang merempit sana sini...aku dulu tak merempit tau....hehehe budak baik

Apa Punya Bangang Daaa........

Kengkadang aku pun pelik jugak dengan si abang-abang polis ni.Nak kata bangang pun salah...nak kata tak bangang pun salah.Tapi betul la.....bangang kalau sekali fikir,dua kali fikir tak patut kata macam tu sebab polis hanyalah jalankan tugas.

Malam tadi aku bergayut lama dengan isteri aku.Almaklumlah dah terpisah jauh ni.....seminggu sekali jadi handphone la tempat aku melepas rindu pada tersayang.Adala sampai pukul 3.00 pagi kitaorang bergayut...entah macamana tetiba mai la polis (kalau kat kampung aku dulu panggil tok bon) mai dan tahan aku.Puncanya aku dilihat dah lama terpacak kat depan rumah sambil bertelefon.Konon aku nak rancang untuk buat pecah rumah la....ada ke lagu tu?

Bertekak jugak la aku dengan polis tu....siap nak angkut ke balai sebab berkelakuan agak mencurigakan....Dah rumah aku,suka hati aku la aku nak lepak kat mana.Hatta walau atas bumbung sekalipun.Nak mintak ic,sapa le yang usung ic merata kalau dalam kawasan rumah kita.Lupa aku nak cakap,rumah aku kat Lenggong ni tepi jalan.Sebelah rumah aku ni ada la jugak jejiran.Mungkin polis tu tengok aku ni lain macam ke...sebab tu la aku di syak bukan2.Hahahaha.....

Adale bertekak dekat 15 minit.Lastly aku kena masuk rumah.Kalau aku dok kat luar lagi...ada la yang taip blog dalam bilik besi.Baru la betul.....berbumbungkan simen,berdindingkan besi...dalam bilik kebal

Rabu, 6 Mei 2009

Balik Kerja Lambat....

Dah lama aku tak buat perangai macam semalam...balik rumah dekat pukul 8.00 malam....stay back in office.Teringat kenangan lama masa aku kerja kat Maybank dengan Stanchart dulu....sampaikan isteri aku pernah kata...."esok bawak tilam dan bantal....tido situ terus"
Dulu masa kerja bank dulu,selagi tak pukul 8.00 malam atau 9.00 malam....selagi tu la aku stay back kat office sambil menatap pc,buat kerja yang time aku rasa tak pernah surut-surut.Lupa segala masalah dunia dan masalah negara.Macam PM pulak aku hehehehe....Dari start masuk kerja sampai la balik...every minute kerja dan kerja....mungkin itu la sifat
aku....workaholic.Pergh!!!! Masuk bakul angkat sendiri..sendiri puji hahahahaha.
Tapi zaman tu cukup seronok kerja.Dengan member yang semua satu kepala sibuk kerja tak terasa.Presure langsung tak ada.Yang ada enjoy the work then sesama by group settle kerja.Memang happy zaman tu....dan aku sebenarnya aku rindukan zaman yang macam tu.Zaman sekarang....hmmmm....mujurlah ada pc ni.Boleh la aku melepaskan keboringan aku kat pc ni.Kalau tidak mati kutu aku...kutu kat kepala aku pun sure arwah sama.Ye la,mana nak sama....gov environment mana nak sama dengan private.
Actually,banyak kerja aku nak kena siapkan semalam.Tu pun tak sempat nak siap.....alamat sambung hari la gamaknya....dan hari ni aku rasa sempat la aku nak siapkan kerja-kerja ni.Sekali sekala situasi macam ni ok jugak...tidak la jadi macam makan gaji buta je....jangan marah aaaaa........
Mungkin tak semua gov staff yang beruntung macam aku.Hihihi.....sambil kerja boleh layan blogg lagi.....hehehe...sambil minum air sambil menyelam....nak buat apa lagi kalau ni je la kerja aku.....

Massurya-Syah membebel

Selasa, 5 Mei 2009

Sindrom Bahaya.....Minat Tengok ke Atau Jatuh Hati Terus?

Baca tajuk pun dah lain macam bunyi...Tambah pulak dengan status aku sekarang,mungkin ada yang kata aku sekarang ni tengah usha awek lain.Maklumlah isteri aku duduk jauh la katakan,so mungkin tanggapan macam tu keluar.
Tajuk ni aku berani jamin ramai yang dah terkena....walau dah ada isteri,naluri manusia yang suka pada keindahan dan kecantikan tu tak boleh buang.Menandakan yang sememangnya kita ni seorang manusia sempurna.Ada perasaan...bukan sejuk kaku macam kereta Waja aku...hahahaha
Memang dah adat,kita suka pada keindahan.Tak kiralah keindahan alam ataupun kecantikan manusia.Yang penting,naluri manusia suka tengok pada sesuatu yang padanya cantik dan indah.Macam jugak dengan manusia,tak kira lelaki atau perempuan.Yang perempuan mungkin akan suka tengok pada lelaki dan yang lelaki pulak suka tengok pada perempuan.Cuma special kes kot yang suka tengok sesama jantina.Hiiiii....geli aku mikirkan benda songsang ni.
Salahkah kita suka melihat sesorang kerana kecantikan wajahnya?Salahkah kita mencuri pandang seseorang kerana ketenangan dan keayuan wajahnya?Salahkah kita?Sedangkan kita telah bersuami atau beristeri.....hanya memandang,mengagumi keindahan ciptaan Allah....tanpa menimbulkan syahwat....(boleh caya ke tak menaikkan syahwat)...mungkin ada yang beralasan macam tu.
Orang tua-tua ada berkata,dari mata turun kehati terus kejiwa...mungkin itulah perumpamaan paling tepat boleh digambarkan dalam situasi ini.Niat yang pada mulanya hanya sekadar 'suka-suka' bertukar jadi 'terus suka'.Macam kita ayat awek atau isteri kita sekarang.Mula-mula suka tengok...pastu terus tengok sampai bebila.Kalau bujang tak tak pa..buat yang dah kawin dan beranak pinak...memang haru biru jadinya.Tengok isteri terbayang muka Maya Karin....tengok muka suami terbayang muka Aaron Aziz...hah....macamana tu.....
Senang cerita.....lambat laun pasti kita akan terdedah dengan perkara macam tu...cuma bergantung pada diri kita sendiri macamana nak kawal perasaan yang datang.
Hawa nafsu ni kita kena ingat...bukan benda yang senang dikawal tapi masih mampu dikawal kalau kena caranya....

Massurya-Syah membebel..............

Isnin, 4 Mei 2009

Hujan....Dah 3 Hari

Sejak Hari Juma`at hari tu....hujan je memanjang.Rasanya aku dah 3 hari dah tak nampak matahari...mana menyorok tak tau...pergila cari kalau rajin.Hehehe.....Hujan pulak jenis renyai-renyai...hm rosak program aku nak jongging dengan Isteri aku tercinta...buat penat bawak balik kasut dari lenggong hari tu.
Hujan macam ni actually buat kebanyakkan orang jadi boring.Kemana pun tak boleh nak pergi...aku pun memerap je kat rumah.Cuma semalam je aku bawak isteri dan adik ipar aku and mummy mertua pergi kenduri.Sesambil tu jejalan kat telok tempoyak...hmmmm tepi laut memang pemandangan yang cukup cantik...tapi bila hujan,semua jadi kelam je.Cadang nak makan ikan bakar pun tak jadi...hujan renyai-renyai.Sebab hujan jugak,time aku lalu kat Alor Pongsu pagi tadi banjir.Kawasan tu ceritanya dari azali lagi memang akan banjir kalau hujan lebat....sejam cukupla...ni pulak sampai 3 hari...lagi la sakan banjir.
Aku ingat kat penang je hujan...sampai aku balik ke Lenggong ni pun masih lagi hujan....lebat jugak.Mungkin musim hujan sekarang ni...tapi cuaca sekarang ni makin tak menentu.Sekejap boleh jadi hujan...sekejap boleh panas.Dan itulah realiti dunia sekarang...macam cuaca jugak.Boleh berubah sekelip mata.
Teringat aku apa arwah mak aku cakap.....itu semua kuasa Allah Yang Maha Kuasa.Kita sebagai hamba perlu memohon dan sentiasa berdoa agar dijadikan yang terbaik untuk kita....

Massurya-Syah........

Nukilan Dari HangNawa Blog.....Sekadar Mengingati

Dugaan Bertunang…menguji iman atau apa sebenarnya berlaku…..

Februari 19th, 2009 by massuryasyah

Sedar atau tak sedar usia pertunangan aku yang tak berapa hari ni je lagi…Bulan depan 15 March aku akan menjadi suami pada Mahani….satu impian dan cita-cita yang dua tahun sudah kalau aku berkongsi dengan orang,ramai yang akan gelakkan aku.
Kata orang bertunang ni berat dugaan….waktu ni la paling mencabar iman…kekuatan sesebuah perhubungan dan paling banyak kata orang nak bergaduh pun time2 ni la.Betul ke?
Ada orang kata time bertunang ni selalunya tunangan kita tu akan diminati oleh oleh orang lain…dalam erti kata lain ada orang yang memendam perasaan pada tunangan kita.Baik lelaki mahupun perempuan….dan lebih parah lagi dia tahu itu adalah tunang orang.Tapi macam mana pulak kalua tetiba tunang kita pulak terminat pada orang lain…tak ke haru tu?Tu apa pulak kita nak katakan?
Selalunya jugak,time bertunang ni kemesraan antara couple ni agak berkurangan….bukan tak ada tapi kureng sikit berbanding masa mula2 nak tackle atau time mengayat dulu.Tapi bila baru2 kahwin…mencanak lain macam (aku tak maksud mencanak apa kebenda…jangan melancong ke lain pulak)…adakah ini jugak pusingan atau pun apa?Dugaan ke ni?
Aku tentu ada antara kita sedang mengalami masalah seperti ini…..mungkin menguji atau kita sebenarnya mencari jalan menyusahkan diri….

Hang Nawa…..

Catatan Dari HangNawa Blogspot....

Aku Sekarang Dah Jadi Suami……

April 15th, 2009 by massuryasyah

Salam…
Aku sekarang dah jadi suami pada Mahani…..terasa terlalu kejap masa berlalu.Aku rasa macam baru semalam je aku bertunang…baru semalam jugak aku rasa aku baru bernikah dan sekarang sedar tak sedar,semalam genap sebulan aku bergelar suami.
Macam tak percaya….aku bergelar suami.Dalam hati aku rasa tak ada apa yang berubah.Mungkin pada status aku yang dulu bujang la ni dah kawin.Mungkin jugak sebab aku dan Mahani berjauhan.Hujung minggu atau hari cuti barulah aku bergelar suami.Hari lain…serupa jugak aku kat smalltown…Lenggong ni jadi orang bujang.Bujang tapi berpunya.Hahahaha….Perasan tak sudah.
Mungkin dengan duduk jauh ni jugak aku masih belum terasa sangat tanggungjawab sebagai suami.Dengan Mahani masih di Penang..rumah mak mentua aku,jadi memang aku tak terasa sangat.Tapi,mana tahu,rezeki Mahani dapat tukar ke Kuala Kangsar…..mungkin time tu aku akan terasa.Menguruskan semuanya bersama.Sebelum ni aku tak terfikir semua tu.
Dengan macam-macam yang terpaksa aku lalui sebelum sah dan selamat aku dinikahkan dengan Mahani,sekali fikir dah macam cerita hindustan…boleh jadi macam cerita zaman dulu.Banyak sangat cacamerbanya.Macam Syila cakap…sekali boleh bikin novel la….boleh buat.Tapi time nak jual hahahha…tak laku.HihihiApapun aku bersyukur sebab segalanya dah selesai dan berakhir.Mahani pun dah sah jadi isteri aku…..dan tugas aku adalah kekalkan rumahtangga kami sampai bercerai mati….
Pinjam kata kawan aku……bila dah kawin ni kita bukak buku baru.Buku lama tutup dan kita simpan.Sesekali kita bukak balik buku lama dan tengok apa cerita lama.Banyak pengajaran yang kita boleh kutip untuk panduan hidup akan datang.Yang pasti,dengan status terbaru aku,banyak perkara yang aku kena ubah…perangai aku,tingkah laku aku semuanya kena jaga…tambah pulak,aku sekarang dah berkeluarga.
Sesekali rindu balik zaman bujang….zaman lepak kat cyber cafe sampai 3 pagi layan game bola dengan diablo……zaman lepak kat padang main bola sampai azan dah bunyi….zaman berkubang dalam taliair….bermacam zaman yang aku akan tengok anak-anak aku akan lalui nanti.Mungkin tak sama macam aku…tapi bayangannya pada anak-anak aku nanti.

Smallville....Penantian Setahun


Salam...akhirnya cerita yang aku rasa ramai yang tunggu dan ramai yang minat dah datang balik....semalam Smallville dah pun tayang balik...aku memang minatgila dengan cerita ni sejak dia memula tayang 7 tahun dulu....boleh bayang la macamana aku punya follow cerita dia....

Smallville ni cerita superman zaman muda...superman yang pakai spender merah kat luar tu tak salah aku zaman dia dah dewasa sikit....hahahaha....sempat jugak la aku berebut remote tv sebab nak layan cerita ni....hahahahahha.Sekarang dah season 6....kalau tak salah aku kat US dah season 8...sampai bila nak habis laaaaa..

Blog aku masih lagi dalam pembinaan...masih banyak lagi aku kena siapkan sebelum blog aku menjadi blog macam yang lain...akan ada kejutan nanti.....

Salam Semua


Hari pertama aku di ruangan blog...satu madah penulisan yang ramai terjebak sekarang ni.Dan aku baru mula nak terjebak dalam dunia blog ni...mungkin blog aku tak secanggih orang tetapi dah cukup la bagi aku buat permulaan.

Aku harap aku mampu untuk build lagi blog aku ni....sebolehnya biarlah blog aku ni ada poweeer sikit...hehehhe


Salam...

Massurya-Syah