Jumaat, 15 Mei 2009

Antara Percaya...Syak Wasangka...Cemburu....


Tak kiralah,sama ada yang tengah bercinta...yang sedang bercinta...dan dah bercinta....3 patah perkataan ni dah sinonim.Bagi yang dah berkahwin dan nak kawin dan sedang kawin (ada ke sedang kawin hahahaha) 3 patah perkataan cukup penting.Percaya.....syak wasangka...dan cemburu pada pasangan...
Percaya....perlu ada dalam setiap pasangan.Baik yang tengah bercinta.Sedang berkira-kira nak bercinta.Sedang kira duit nak kawin...dan yang dah kawin hatta yang dah bercucu-cicit pun.Sebab apa?Sebab inilah yang menentukan sejauh mana hubungan akan bertahan...dan berkekalan.Puncanya mudah....kalau dah tak percaya...macamana nak duduk serumah...tido sebilik dan sebantal...(jangan fikir merapu aaaa).Samalah kita....macam mana nak diamanahkan sesuatu tugas kalau kita tak percaya pada dia.Sebab tu kepercayaan cukup penting.Sesuatu hubungan tak kira apa jenis hubungan sekali pun...asasnya kepercayaan.

Namun,perlukah kita percaya 100%.Pastinya tidak.Mempercayai sesuatu...dengan sepenuhnya tanpa syak wasangka umpama menyimpan bom jangka.Pasti meletup tapi kita sendiri pun tak pasti bila letupnya.Sedar-sedar dah berkecai dan berterabur.Baik suami atau isteri....baik pakwe atau makwe....baik awek atau balak...atau apa saja istilah zaman sekarang....letakkan sedikit syak wasangka.Perhatikanlah tingkah laku...mana yang pelik...mana yang lazim dibuat.Jangan percaya membuta tuli....nanti ada yang makan hati.Kalau nampak tengah malam usung handphone masuk toilet....perhatikanlah.Ada yang tak kena.....jangan buat buta je.

Dari syak wasangka akan menerbitkan rasa cemburu.Cemburu ni pulak ada jenis cemburu buta...ada jenis cemburu celik.Dan jangan terkejut,kerana cemburu manusia boleh buat apa saja dan kengkadang yang tak masuk akal pun ada jugak.Pelik je bunyinya.Mau tak pelik...ada kes cemburu dengan kereta...dibakarnya kereta.Cemburu dengan baby umur 3 tahun....cemburu dengan makcik.

Cemburu ini adalah perhiasan wanita.Jarang sangat lelaki ni cemburu.Cemburu boleh dikatakan kuat pada wanita.Pernah satu pendapat mengatakan....lelaki tanpa nafsu umpama mayat....perempuan tanpa cemburu umpama tiada hayat.Haa...sendiri mau pikirla pesal ada pendapat mengatakan begitu.
Cemburu tandanya sayang....kerana kasih sayanglah jugak....lahirnya cemburu.Cuma cemburu yang macamana.Cemburu biarlah bertempat...bukan cemburu yang membabi buta.Letakkan rasionalnya.Banyak kes rumah tangga huru hara kerana cemburu.Banyak jugak kisah cinta putus tengah jalan kerana cemburu.Kononnya orang ketiga.

Mungkin betul kerana orang ketiga...tetapi kebanyakkan cemburu yang tak bertempat.Contohnya cemburu suami balik lambat....konon pergi menggatal padahal si suami membanting tulang cari rezeki.Puncanya banyak...dengar cakap orang atau ikut rasa hati.

Rumah tangga mana tak gelora.....rumah tangga mana tak kena tsunami.Tapi aku masih bersyukur...aku dan mahani masih bahagia hingga kini.Kengkadang macam terasa baru je nak ngorat isteri aku ni.Macam zaman bercinta dulu-dulu...hehehehe

Rumah sendiri Huru-Hara

Dalam beberapa hari kebelakangan ini,isu politik yang paling hangat dibicarakan merata ceruk tak lain tak bukan ialah perebutan kerusi Menteri Besar Perak antara MB sah,Nizar dan MB Haram,Zambry.Kehangatan isu tersebut membuatkan ramai antara kita terlepas pandang.....isu Penanti yang sedang menanti PRK dan satu lagi isu yang boleh kita ambil iktibar...kemelut Parti Progresif Penduduk...PPP yang kalau dilihat cukup memalukan BN,

Rasanya ramai antara kita yang masih ingat macam mana media arus perdana melaga-lagakan pemimpin PAS yang akan bermuktamar tak lama lagi.Habis segalanya didedah.Kononnya PAS sekarang berpuak-puak.Pendek kata....PAS sudah jadi semacam UMNO.Berpuak-puak dan berjuak-juak.Nik Aziz kononnya tak sependapat dengan Abdul Hadi Awang.Ulama diceritakan tidak sebulu dengan golongan ulama.

Buat sementara mereka berjaya.Hinggakan kelam kabut jugak rumah PAS ketika itu.Alhamdulillah...rumah PAS sudah aman.Tapi,setelah berita pemecatan Timb.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator T.Murugiah di pecat dari parti itu...media arus perdana bagaikan tiada suara.Berita dikeluarkan tetapi ruangan hanya sekadar berita cebisan.

Suasana dalam salah satu bilik rumah BN itu makin kelam kabut bila Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) khabarnya menanti masa untuk membatalkan parti itu kerana tidak menghantar senarai AJK PPP dan laporan kewangan parti.Sudahlah begitu,kemelut politik dalaman juga makin parah hinggakan peluru hidup dihantar ke pejabat menteri.Siap dengan nota ugutan lagi.Dan sekarang...sudah bermula drama tuduh menuduh antara satu sama lain dalam parti PPP.

Berdasarkan laporan senarai terakhir AJK parti itu, pengundian pemecatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah daripada PPP adalah tidak sah mengikut peraturan ROS dan perlembagaan parti tersebut.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti, Dr. N. Shanmuganathan berkata, AMT yang memilih untuk memecat Murugiah tidak sah kerana daripada 42 ahli yang mengundi, hanya tujuh sahaja yang namanya tercatat sebagai AJK parti itu dalam laporan 2002.
I
ni bermakna, katanya, baki 35 lagi AMT itu tidak mempunyai kelayakan untuk mengundi walaupun telah dipilih menganggotai AJK itu, akibat kegagalan Kayveas menghantar senarai dan laporan kewangan terkini kepada ROS.

“Artikel 9.16 perlembagaan parti juga jelas menyebut bahawa kourum untuk sesuatu mesyuarat AMT yang dipanggil perlulah dihadiri oleh sekurang-kurangnya separuh atau 20 AMT tetapi dalam mesyuarat pada hari pengundian memecat Murugiah, hanya tujuh AMT yang sah di sisi ROS sahaja menghadirinya.

“Mengenai isu ROS, saya mempunyai bukti kukuh bahawa Kayveas tidak mengemas kini senarai AJK dan laporan kewangan kepada ROS sejak tahun 2002 lagi,” katanya yang baru dilucutkan jawatan AMT oleh Kayveas pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Sememangnya rakyat semakin kuat ketawanya....Najib selaku Presiden BN hanya diam membisu.Di huru harakan negeri orang....nak dilaga-lagakan rumah orang.Akhirnya rumah sendiri yang bocor sana sini.Itu belum lagi kes kemelut Terengganu yang melibatkan 2 puak....Bekas Menteri Besar dan Menteri Besar.Lebih lawak....sesama UMNO.

Apakah Najib buta?Ataupun Najib sekarang sedang membuta?Rumah sendiri huru hara tapi dalam masa yang sama dia cuba menghuru-harakan rumah orang.Kalau dulu dipukul canang Pak Lah lembik kononnya...Najib pulak boleh kita kategorikan sebagai apa?

Krediabiliti Najib yang semalam mencanang dirinya PM Rakyat semakin hari semakin dipersendakan.Kalau benarlah dia PM Rakyat...kita sebagai rakyat harus malu kerana ber PM kan orang seperti najib.

Khamis, 14 Mei 2009

Lagu Kenangan....

Pagi tadi masa aku tengah drive...aku terdengar dalam Radio Era...lagu-lagu yang banyak makna dan meninggalkan kesan pada kita.Banyak betul yang merapunya.....nak tergelak pun ada.Biasalah orang kita...lagu terkenang putus cinta...lagu masa bercinta....lagu-lagu sebegitu yang orang kita akan layan.Siap boleh hafal.

Tapi kengkadang aku terfikir,selain lagu-lagu sebegini....ada tak orang kita layan lagu yang menaikan semangat.Tak kisah la semangat perjuangan dalam hidup ke apa ke.Atau lagu yang menginsafkan...lagu yang menyeru kita supaya kita sedar siapa kita....menyeru kita kejalan yang benar.Macam lagu Raihan...Rabbani atau lagu memuji Pencipta kita.

Mungkin ada....tapi kebiasaannya kita akan tengok lagu ni cuma untuk ring tone....cuma untuk sekali sekala je kita dengar.Dan lebih pedih lagi....lagu seperti ni kita mainkan sewaktu kita berduka...konon nak tenang hati.Waktu seronok...waktu happy...biasalah.Lagu Siti Nurhaliza paling koman...

Berapa kerat antara kita yang begitu menghayati lagu yang berunsur nasihat...penaik semangat...berunsur dakwah.

Isnin, 11 Mei 2009

Cuba kita lakukan....

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih....... ... mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal kan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai keriput dan jemari! yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita,yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya,.. ....ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang : Suami,.... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir....dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan, yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar. Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri, yang masih setia,namun kesetiaan dan ketaba han nya sering kita uji. Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat...... ... Semuanya.
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perla han -la han ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ....... untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar.Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan. .... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya. .. .
Renungkan... ...
Kasih sayang adalah rahmat Allah......Apabila kita merasakannya bermakna hidup kita sentiasa dirahmati... ...Kadang- kadang kita perlu berkorban untuk kasih sayang itu....bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya.. ......

Sekadar Renungan...

MUDAH DAN SULIT.....

Mudah untuk menemukan sesuatu di buku telefon....
Tetapi....
Sulit untuk menemukan hati seseorang......

Mudah untuk cari salah orang lain....
Tetapi...
Sulit untuk mencari salah diri sendiri.....

Mudah menyakiti orang yang kita sayangi...
Tetapi
Sulit untuk menyembuhkan luka hatinya....

Mudah melupakan seseorang....
Tetapi...
Sulit untuk mengucapkan perpisahan....

Mudah untuk mempamerkan kemenangan
Tetapi...
Sulit untuk berjiwa besar menerima kekalahan....

Mudah untuk bermimpi tiap malam...
Tetapi....
Sulit untuk bertarung demi sebuah impian....

Mudah berdoa setiap hari...
Tetapi...
Sulit untuk mendapat rahmat Allah

Mudah untuk mengatakan CINTA
Tetapi...
Sulit untuk merealisasikannya......

Mudah untuk mengkritik sesiapa sahaja
Tetapi....
Sulit untuk menerima teguran dan kritikan.....

Mudah untuk menerima sesuatu...
Tetapi...
Sulit untuk memberi sesuatu......


Bukit Bendera........


Rasanya dah berzaman aku tak pergi Bukit Bendera....Seingat aku lastly aku pergi Bukit Bendera dengan arwah mak aku dan arwah ayah aku.Dah terlalu lama....gambar tu pun dah kemana hilang.Dah lama sesangat.

Cantik...itulah ayat pertama aku.Tambah pulak dapat tengok pemandangan dari atas.Hmmm...boleh tengok satu Penang....sampai keseberang pun boleh nampak.Very beutiful view...bukan senang nak tengok pemandangan dari atas.Semua nampak kecik je....
Sebab dah tak tau nak buat apa...aku bawak Mahani datang sini.Almaklumlah...kitaorang dari zaman bercinta tak sempat nak datang sini.Bila dah kawin baru boleh datang.Tapi bagi aku lagi senang....tak payah risau orang nak cekup khalwat....nak romantik lebih pun tak kisah.Cuma mungkin akan ada orang yang akau berbulu tengok.Hahaha.....nak macam kami?Cepat-cepatla kawin.