Jumaat, 15 Mei 2009

Rumah sendiri Huru-Hara

Dalam beberapa hari kebelakangan ini,isu politik yang paling hangat dibicarakan merata ceruk tak lain tak bukan ialah perebutan kerusi Menteri Besar Perak antara MB sah,Nizar dan MB Haram,Zambry.Kehangatan isu tersebut membuatkan ramai antara kita terlepas pandang.....isu Penanti yang sedang menanti PRK dan satu lagi isu yang boleh kita ambil iktibar...kemelut Parti Progresif Penduduk...PPP yang kalau dilihat cukup memalukan BN,

Rasanya ramai antara kita yang masih ingat macam mana media arus perdana melaga-lagakan pemimpin PAS yang akan bermuktamar tak lama lagi.Habis segalanya didedah.Kononnya PAS sekarang berpuak-puak.Pendek kata....PAS sudah jadi semacam UMNO.Berpuak-puak dan berjuak-juak.Nik Aziz kononnya tak sependapat dengan Abdul Hadi Awang.Ulama diceritakan tidak sebulu dengan golongan ulama.

Buat sementara mereka berjaya.Hinggakan kelam kabut jugak rumah PAS ketika itu.Alhamdulillah...rumah PAS sudah aman.Tapi,setelah berita pemecatan Timb.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator T.Murugiah di pecat dari parti itu...media arus perdana bagaikan tiada suara.Berita dikeluarkan tetapi ruangan hanya sekadar berita cebisan.

Suasana dalam salah satu bilik rumah BN itu makin kelam kabut bila Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) khabarnya menanti masa untuk membatalkan parti itu kerana tidak menghantar senarai AJK PPP dan laporan kewangan parti.Sudahlah begitu,kemelut politik dalaman juga makin parah hinggakan peluru hidup dihantar ke pejabat menteri.Siap dengan nota ugutan lagi.Dan sekarang...sudah bermula drama tuduh menuduh antara satu sama lain dalam parti PPP.

Berdasarkan laporan senarai terakhir AJK parti itu, pengundian pemecatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah daripada PPP adalah tidak sah mengikut peraturan ROS dan perlembagaan parti tersebut.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti, Dr. N. Shanmuganathan berkata, AMT yang memilih untuk memecat Murugiah tidak sah kerana daripada 42 ahli yang mengundi, hanya tujuh sahaja yang namanya tercatat sebagai AJK parti itu dalam laporan 2002.
I
ni bermakna, katanya, baki 35 lagi AMT itu tidak mempunyai kelayakan untuk mengundi walaupun telah dipilih menganggotai AJK itu, akibat kegagalan Kayveas menghantar senarai dan laporan kewangan terkini kepada ROS.

“Artikel 9.16 perlembagaan parti juga jelas menyebut bahawa kourum untuk sesuatu mesyuarat AMT yang dipanggil perlulah dihadiri oleh sekurang-kurangnya separuh atau 20 AMT tetapi dalam mesyuarat pada hari pengundian memecat Murugiah, hanya tujuh AMT yang sah di sisi ROS sahaja menghadirinya.

“Mengenai isu ROS, saya mempunyai bukti kukuh bahawa Kayveas tidak mengemas kini senarai AJK dan laporan kewangan kepada ROS sejak tahun 2002 lagi,” katanya yang baru dilucutkan jawatan AMT oleh Kayveas pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Sememangnya rakyat semakin kuat ketawanya....Najib selaku Presiden BN hanya diam membisu.Di huru harakan negeri orang....nak dilaga-lagakan rumah orang.Akhirnya rumah sendiri yang bocor sana sini.Itu belum lagi kes kemelut Terengganu yang melibatkan 2 puak....Bekas Menteri Besar dan Menteri Besar.Lebih lawak....sesama UMNO.

Apakah Najib buta?Ataupun Najib sekarang sedang membuta?Rumah sendiri huru hara tapi dalam masa yang sama dia cuba menghuru-harakan rumah orang.Kalau dulu dipukul canang Pak Lah lembik kononnya...Najib pulak boleh kita kategorikan sebagai apa?

Krediabiliti Najib yang semalam mencanang dirinya PM Rakyat semakin hari semakin dipersendakan.Kalau benarlah dia PM Rakyat...kita sebagai rakyat harus malu kerana ber PM kan orang seperti najib.

0 ulasan:

Catat Ulasan