Selasa, 19 Mei 2009

Hujung Minggu Yang Santai

Hujung minggu lepas...selepas hari kelurga Maybank yang kecoh dan havoc tu (sambung nanti ke bah.2...aku dengan isteri aku Mahani ambil masa sepetang jongging dan santai je kat 2 tempat best di Pulau Pinang...Kebun Bunga...Botanical Garden and Taman Belia.Elok lah jongging...badan aku pun dah berat lain macam.Saiz seluar aku dulu 32 dah jadi 34. Tu pun macam ketat semacam je.Nampak sangat badan aku dah naik....
Lokasi pertama kami berdua kat Botanical Garden...
Cantik tempat tu...ada air terjun.
Sempat la aku dengan Mahani rendam kaki dalam tu.Nak mandi pun boleh.Kiranya kalau plan nak picnic dengan family memang elok sangat.Air terjun di Botanical Garden ni memang datang dari bukit.Dijamin bersih dan nyaman.Ok la jugak.Tengah2 penang yang sekali tengok macam hutan batu...masih ada lagi tempat secantik macam ni untuk kita beriadah sekeluarga.

Selain dari air terjun ni....di sini jugak korang semua boleh tengok monyet-monyet berkeliaran.Monyet ni monyet liar.Nak bagi makan boleh...tapi jaga-jagalah sikit.Silap hari bulan ada masuk paper metro kena cakar dengan monyet.Dan disebabkan monyet ni korang kena la jaga barangan personal...takut di ragutnya dan dibawa lari.Hahahaha...

Kalau nasib baik dapat la buat macam budak-budak ni.Dengan selamba je bagi monyet tu makan...mungkin mood monyet ni baik kot.










Monyet tengah makan...hihi...aku nak tangkap gambar dia macam marah.Sekali Mahani ambik gambar mau pulak dia posing.Hampeh.....




Gambar ni adalah antara sedikit apa yang ada di Botanical Garden.Landskap dia cantik....ada satu jungle walk....dan sesuai untuk sesiapa yang rasa ingin lari sekejap dari riuh pekan dan nak realase tension.Nanti ada masa...aku letak lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan