Dalam seminggu dua ni semak telinga kita mendengar kes-kes ragut dan kes rompak yang hampir semuanya melibatkan nyawa manusia melayang.Terbaru semalam bila satu keluarga kat Ipoh ditimpa malang....anak isteri mati dibunuh selepas rumah mereka dirompak.
Sebelum tu....2 ibu yang sedang hamil mati bila diragut oleh manusia yang bengap dan mencari duit dengan cara mudah.2 dari manusia hantu yang buat kerja ni dah pun dicekup polis.Satu penghargaan buat polis kerana cekap bertindak.Dalam orang masih komplen polis itu dan ini...biasalah.Semua benda ada baik dan buruknya.
2 kes ni menunjukkan nyawa manusia semakin murah.Sebenarnya apa saja yang berkaitan dengan manusia semakin murah nilainya.Maruah diri dan nyawa manusia dilihat macam suatu benda yang boleh kita buat main-main zaman sekarang.Pantang silap sikit,nyawa melayang.Pantang leka sikit,sedar-sedar gambar kita sedang beraksi sulit terpampang kat Youtube...terpampang kat Metacafe.Pantang kena ayat sikit...ikut jantan kesana kemari then lastly...kena rogol.
Mana silapnya?Sapa yang perlu dipersalahkan.Kita sekarang sedang berdepan dengan satu situasi dimana kita sendiri berasa,hidup kita semakin tidak selamat dan terancam.Mana lagi tempat selamat dalam dunia ni.Yang sebelum ni disangka kebal,kukuh dan hebat pun bolos jugak.Kepada siapa kita nak bergantung harap?Yang sebelum ini dianggap pelindung,rupanya bersikap harap pagar,pagar makan padi.
Masalahnya jugak berpunca dari sikap kita sendiri.Kita semakin kurang prihatin sebenarnya.Dah banyak kali berlaku...orang menjerit minta tolong tapi kita sebahagian besar masih lagi diam dan tengok.Sikap kubur hang,kubur aku pun semakin banyak.Kalau duduk rumah flat,pangsapuri lagi sakan...depan pintu rumah pun tak bertegur sapa.Kenal pun tidak..!!!Sedangkan Nabi pun dah kata 40 rumah kiri,kanan,depan dan belakang adalah jiran kita.
Rasanya kalau semua orang bersikap macam sahabat yang mencekup manusia durjana kat Ipoh tu...mungkin aman sikit kita duduk di dunia ni
Khamis, 21 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan