Dalam seminggu dua ni semak telinga kita mendengar kes-kes ragut dan kes rompak yang hampir semuanya melibatkan nyawa manusia melayang.Terbaru semalam bila satu keluarga kat Ipoh ditimpa malang....anak isteri mati dibunuh selepas rumah mereka dirompak.
Sebelum tu....2 ibu yang sedang hamil mati bila diragut oleh manusia yang bengap dan mencari duit dengan cara mudah.2 dari manusia hantu yang buat kerja ni dah pun dicekup polis.Satu penghargaan buat polis kerana cekap bertindak.Dalam orang masih komplen polis itu dan ini...biasalah.Semua benda ada baik dan buruknya.
2 kes ni menunjukkan nyawa manusia semakin murah.Sebenarnya apa saja yang berkaitan dengan manusia semakin murah nilainya.Maruah diri dan nyawa manusia dilihat macam suatu benda yang boleh kita buat main-main zaman sekarang.Pantang silap sikit,nyawa melayang.Pantang leka sikit,sedar-sedar gambar kita sedang beraksi sulit terpampang kat Youtube...terpampang kat Metacafe.Pantang kena ayat sikit...ikut jantan kesana kemari then lastly...kena rogol.
Mana silapnya?Sapa yang perlu dipersalahkan.Kita sekarang sedang berdepan dengan satu situasi dimana kita sendiri berasa,hidup kita semakin tidak selamat dan terancam.Mana lagi tempat selamat dalam dunia ni.Yang sebelum ni disangka kebal,kukuh dan hebat pun bolos jugak.Kepada siapa kita nak bergantung harap?Yang sebelum ini dianggap pelindung,rupanya bersikap harap pagar,pagar makan padi.
Masalahnya jugak berpunca dari sikap kita sendiri.Kita semakin kurang prihatin sebenarnya.Dah banyak kali berlaku...orang menjerit minta tolong tapi kita sebahagian besar masih lagi diam dan tengok.Sikap kubur hang,kubur aku pun semakin banyak.Kalau duduk rumah flat,pangsapuri lagi sakan...depan pintu rumah pun tak bertegur sapa.Kenal pun tidak..!!!Sedangkan Nabi pun dah kata 40 rumah kiri,kanan,depan dan belakang adalah jiran kita.
Rasanya kalau semua orang bersikap macam sahabat yang mencekup manusia durjana kat Ipoh tu...mungkin aman sikit kita duduk di dunia ni
Khamis, 21 Mei 2009
Rabu, 20 Mei 2009
Tunang Orang...Jangan Mengejar Bayang-bayang
Kata orang "berpijaklah dibumi nyata".Sesetengahnya pulak ada yang berkata "cermin diri terlebih dahulu". Itulah antara ayat yang akan kita dengar tatkala seseorang jatuh cinta atau ingin memiliki seseorang.Mungkin perbezaan darjat,pangkat dan kedudukan.Atau ada sebab-sebab lain yang kita tak tahu.
Tapi macamana pula kalau kes...meminati dan jatuh cinta pada tunang orang/suami/isteri orang.Tak ke naya punya kes ni?Ada ke kes gila macam ni.Jawapannya...memang ada manusia yang buta hati...mencintai,meminati dan inginkan dambaan kasih tunang/suami/isteri orang ini.Bagi mereka,kutuk dan makilah...mereka tak peduli.Cakaplah apa yang nak dicakap...masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Mencintai suami orang....boleh dimaafkan kerana fitrah lelaki diizinkan kawin sehingga 4.Tapi macamana pulak dengan mencintai isteri orang?Mencintai tunang orang?Tunang..mungkin ada yang bagi alasan..."kapal terbang dilangit pun orang rampas dan langgar bangunan...inikan pulak diatas tanah" Masih lagi persoalannya...mencintai isteri orang?
Mengapa harus dikejar sesuatu yang sudah pasti tak mungkin tercapai?Mengapa harus dicari yang haram sedangkan kita masih mampu mencari yang halal?Mengapa harus kita merampas hak orang lain sedangkan kita juga tak mahu hak kita dirampas?
Mengapa harus mengejar bayang-bayang yang akhirnya tiada kesudahan?Mengapa harus kusutkan fikiran....mengenangkan seseorang yang memang telah sah tak mampu kita miliki?Dan mengapa mendambakan kasih orang?
Cintai itu anugerah Allah....rahmat Allah....jadi gunakan rahmat itu sebaiknya.Takut rahmat dikurnia hilang kemana....murka Allah yang menjelma.

Dulu tak pernah pun macam ni....
Tiap-tiap hari bila kita tengok berita sekarang ni....makin banyak berita yang pelik-pelik,yang sebelum ni kita tak pernah dengar akan terkeluar.Macam-macam ada!!!Itulah yang perkataan yang boleh mengambarkan situasi dunia sekarang.
Dengan politiknya yang caca-merba dan haru biru....dengan masalah sosial yang bila nak selesai...dengan masalah itu dan ini sebenarnya cukup memeningkan kita sebagai manusia.Mungkin inilah keadaan dunia yang semakin menghampiri usia tuanya.Dunia akhir zaman.....segala macam perkara pelik bukanlah satu perkara yang perlu dihairankan.Zaman teknologi...istilah semakin berbelit lidah untuk disebut....jenuh bersilat kita nak menyebut istilah yang kengkadang kita seumur hidup baru mendengarnya.
Sekarang ni satu dunia tengah kecoh dengan virus Selsema Babi.....itu nama sebenar.Tapi disebabkan sebab-sebab yang ada udang disebalik mee.....instilah tu ditukar jadi Influenza A H1N1...Konon bahasa saintifik.....buat apa nak selindung.Penyakit yang baru kita dengar ni kononnya datang dari binatang debab kaki pendek kat Mexico.Kononnya...dan sekarang ni satu dunia huru-hara.Kat Malaysia dah ada 2 orang terkena sakit bawaan binatang haram ni.
Belum hilang lagi kes selsema babi ni....keluar pulak satu lagi penyakit leptospirosis.Apa penyakit pulak ni?Tak pernah dengar pun.Macam nak dekat bunyi laptop pun ada.Dengar cerita penyakit ni datang dari najis tikus.Entahlah betul atau tak.Kali ni depot pendatang asing pulak kecoh.Sebelum tu akedemi JPJ pun kecoh sebab penyakit Meningitis...sau lagi istilah penyakit yang jarang-jarang kita dengar.
Terfikirkah kita....kenapa semua ni berlaku?Deretan penyakit yang kita tak pernah dengar sebelum ni tetiba datang dan mengancam kita.Siapa yang patut dipersalahkan?Antara sedar atau tidak...mungkin inilah yang dikatakan balasan dari Allah atas dosa penghuni bumi yang semakin hari semakin sesat dan semakin teruk maksiatnya.
Bukan menuduh sesiapa...tapi kita boleh renung dan fikir sendiri.Zaman sekarang adalah zaman hiburan dan duit adalah Tuhan.Zaman dimana matlamat menghalalkan cara.Demi matlamat haram dan halal sekata....batasan telah tiada sebenarnya.Sebenarnya apa yang jadi mengajar kita....haram ada sebabnya....apa yang disuruh agama ada alasannya.Bukan sengaja direka cipta haram dan bukan sengaja mereka cipta arahan,tuntutan dan saranan agama.
Kerana sekor binatang haram yang debab....satu dunia huru-hara.Bukan sekali ni,tapi dah berapa kali kerbau pendek ni mengharu-birukan dunia.Jangan main-main....binatang najis berat ni jugak berjaya membuatkan politik negara kelam-kabut.
Kerana tikus dan sikap pengotor kita jugak,segala macam penyakit yang entah dari mana keluarnya datang dan mengganas.Kecil tikus tu....tapi bala yang dibawanya rupanya mampu buat manusia tak senang duduk.

Selasa, 19 Mei 2009
Hujung Minggu Yang Santai
Hujung minggu lepas...selepas hari kelurga Maybank yang kecoh dan havoc tu (sambung nanti ke bah.2...aku dengan isteri aku Mahani ambil masa sepetang jongging dan santai je kat 2 tempat best di Pulau Pinang...Kebun Bunga...Botanical Garden and Taman Belia.Elok lah jongging...badan aku pun dah berat lain macam.Saiz seluar aku dulu 32 dah jadi 34. Tu pun macam ketat semacam je.Nampak sangat badan aku dah naik....
Kalau nasib baik dapat la buat macam budak-budak ni.Dengan selamba je bagi monyet tu makan...mungkin mood monyet ni baik kot.
Sempat la aku dengan Mahani rendam kaki dalam tu.Nak mandi pun boleh.Kiranya kalau plan nak picnic dengan family memang elok sangat.Air terjun di Botanical Garden ni memang datang dari bukit.Dijamin bersih dan nyaman.Ok la jugak.Tengah2 penang yang sekali tengok macam hutan batu...masih ada lagi tempat secantik macam ni untuk kita beriadah sekeluarga.
Selain dari air terjun ni....di sini jugak korang semua boleh tengok monyet-monyet berkeliaran.Monyet ni monyet liar.Nak bagi makan boleh...tapi jaga-jagalah sikit.Silap hari bulan ada masuk paper metro kena cakar dengan monyet.Dan disebabkan monyet ni korang kena la jaga barangan personal...takut di ragutnya dan dibawa lari.Hahahaha...
Monyet tengah makan...hihi...aku nak tangkap gambar dia macam marah.Sekali Mahani ambik gambar mau pulak dia posing.Hampeh.....
Isnin, 18 Mei 2009
Hari Kelurga CAC Maybank Penang...Bahagian 1
Ada banyak game...aku pun tak berapa nak ingat berapa game semua.Antaranya walkhunt...cukup lawak tengok semua bertegang urat kepala memikir jawapan yang alahai cukup membelit.Hampeh...lain yang dicari lain jawapan.Cukup menduga
kaborkan...acara ni dibuat kat Hydro Hotel Batu Feringgi,Penang.
Gambar ni pulak menunjukkan geng Sunskist dan Geng Hijau.Perati betul2 dan boleh nampak ada topeng.Tak dapat gambar yang elok site dia sebab banyak sangat halangannya.
Jumaat, 15 Mei 2009
Antara Percaya...Syak Wasangka...Cemburu....
Tak kiralah,sama ada yang tengah bercinta...yang sedang bercinta...dan dah bercinta....3 patah perkataan ni dah sinonim.Bagi yang dah berkahwin dan nak kawin dan sedang kawin (ada ke sedang kawin hahahaha) 3 patah perkataan cukup penting.Percaya.....syak wasangka...dan cemburu pada pasangan...
Percaya....perlu ada dalam setiap pasangan.Baik yang tengah bercinta.Sedang berkira-kira nak bercinta.Sedang kira duit nak kawin...dan yang dah kawin hatta yang dah bercucu-cicit pun.Sebab apa?Sebab inilah yang menentukan sejauh mana hubungan akan bertahan...dan berkekalan.Puncanya mudah....kalau dah tak percaya...macamana nak duduk serumah...tido sebilik dan sebantal...(jangan fikir merapu aaaa).Samalah kita....macam mana nak diamanahkan sesuatu tugas kalau kita tak percaya pada dia.Sebab tu kepercayaan cukup penting.Sesuatu hubungan tak kira apa jenis hubungan sekali pun...asasnya kepercayaan.
Namun,perlukah kita percaya 100%.Pastinya tidak.Mempercayai sesuatu...dengan sepenuhnya tanpa syak wasangka umpama menyimpan bom jangka.Pasti meletup tapi kita sendiri pun tak pasti bila letupnya.Sedar-sedar dah berkecai dan berterabur.Baik suami atau isteri....baik pakwe atau makwe....baik awek atau balak...atau apa saja istilah zaman sekarang....letakkan sedikit syak wasangka.Perhatikanlah tingkah laku...mana yang pelik...mana yang lazim dibuat.Jangan percaya membuta tuli....nanti ada yang makan hati.Kalau nampak tengah malam usung handphone masuk toilet....perhatikanlah.Ada yang tak kena.....jangan buat buta je.
Dari syak wasangka akan menerbitkan rasa cemburu.Cemburu ni pulak ada jenis cemburu buta...ada jenis cemburu celik.Dan jangan terkejut,kerana cemburu manusia boleh buat apa saja dan kengkadang yang tak masuk akal pun ada jugak.Pelik je bunyinya.Mau tak pelik...ada kes cemburu dengan kereta...dibakarnya kereta.Cemburu dengan baby umur 3 tahun....cemburu dengan makcik.
Cemburu ini adalah perhiasan wanita.Jarang sangat lelaki ni cemburu.Cemburu boleh dikatakan kuat pada wanita.Pernah satu pendapat mengatakan....lelaki tanpa nafsu umpama mayat....perempuan tanpa cemburu umpama tiada hayat.Haa...sendiri mau pikirla pesal ada pendapat mengatakan begitu.
Cemburu tandanya sayang....kerana kasih sayanglah jugak....lahirnya cemburu.Cuma cemburu yang macamana.Cemburu biarlah bertempat...bukan cemburu yang membabi buta.Letakkan rasionalnya.Banyak kes rumah tangga huru hara kerana cemburu.Banyak jugak kisah cinta putus tengah jalan kerana cemburu.Kononnya orang ketiga.
Mungkin betul kerana orang ketiga...tetapi kebanyakkan cemburu yang tak bertempat.Contohnya cemburu suami balik lambat....konon pergi menggatal padahal si suami membanting tulang cari rezeki.Puncanya banyak...dengar cakap orang atau ikut rasa hati.
Rumah tangga mana tak gelora.....rumah tangga mana tak kena tsunami.Tapi aku masih bersyukur...aku dan mahani masih bahagia hingga kini.Kengkadang macam terasa baru je nak ngorat isteri aku ni.Macam zaman bercinta dulu-dulu...hehehehe
Rumah sendiri Huru-Hara
Dalam beberapa hari kebelakangan ini,isu politik yang paling hangat dibicarakan merata ceruk tak lain tak bukan ialah perebutan kerusi Menteri Besar Perak antara MB sah,Nizar dan MB Haram,Zambry.Kehangatan isu tersebut membuatkan ramai antara kita terlepas pandang.....isu Penanti yang sedang menanti PRK dan satu lagi isu yang boleh kita ambil iktibar...kemelut Parti Progresif Penduduk...PPP yang kalau dilihat cukup memalukan BN,
Rasanya ramai antara kita yang masih ingat macam mana media arus perdana melaga-lagakan pemimpin PAS yang akan bermuktamar tak lama lagi.Habis segalanya didedah.Kononnya PAS sekarang berpuak-puak.Pendek kata....PAS sudah jadi semacam UMNO.Berpuak-puak dan berjuak-juak.Nik Aziz kononnya tak sependapat dengan Abdul Hadi Awang.Ulama diceritakan tidak sebulu dengan golongan ulama.
Buat sementara mereka berjaya.Hinggakan kelam kabut jugak rumah PAS ketika itu.Alhamdulillah...rumah PAS sudah aman.Tapi,setelah berita pemecatan Timb.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator T.Murugiah di pecat dari parti itu...media arus perdana bagaikan tiada suara.Berita dikeluarkan tetapi ruangan hanya sekadar berita cebisan.
Suasana dalam salah satu bilik rumah BN itu makin kelam kabut bila Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) khabarnya menanti masa untuk membatalkan parti itu kerana tidak menghantar senarai AJK PPP dan laporan kewangan parti.Sudahlah begitu,kemelut politik dalaman juga makin parah hinggakan peluru hidup dihantar ke pejabat menteri.Siap dengan nota ugutan lagi.Dan sekarang...sudah bermula drama tuduh menuduh antara satu sama lain dalam parti PPP.
Berdasarkan laporan senarai terakhir AJK parti itu, pengundian pemecatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah daripada PPP adalah tidak sah mengikut peraturan ROS dan perlembagaan parti tersebut.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti, Dr. N. Shanmuganathan berkata, AMT yang memilih untuk memecat Murugiah tidak sah kerana daripada 42 ahli yang mengundi, hanya tujuh sahaja yang namanya tercatat sebagai AJK parti itu dalam laporan 2002.
I
ni bermakna, katanya, baki 35 lagi AMT itu tidak mempunyai kelayakan untuk mengundi walaupun telah dipilih menganggotai AJK itu, akibat kegagalan Kayveas menghantar senarai dan laporan kewangan terkini kepada ROS.
“Artikel 9.16 perlembagaan parti juga jelas menyebut bahawa kourum untuk sesuatu mesyuarat AMT yang dipanggil perlulah dihadiri oleh sekurang-kurangnya separuh atau 20 AMT tetapi dalam mesyuarat pada hari pengundian memecat Murugiah, hanya tujuh AMT yang sah di sisi ROS sahaja menghadirinya.
“Mengenai isu ROS, saya mempunyai bukti kukuh bahawa Kayveas tidak mengemas kini senarai AJK dan laporan kewangan kepada ROS sejak tahun 2002 lagi,” katanya yang baru dilucutkan jawatan AMT oleh Kayveas pada sidang akhbar khas di sini hari ini.
Sememangnya rakyat semakin kuat ketawanya....Najib selaku Presiden BN hanya diam membisu.Di huru harakan negeri orang....nak dilaga-lagakan rumah orang.Akhirnya rumah sendiri yang bocor sana sini.Itu belum lagi kes kemelut Terengganu yang melibatkan 2 puak....Bekas Menteri Besar dan Menteri Besar.Lebih lawak....sesama UMNO.
Apakah Najib buta?Ataupun Najib sekarang sedang membuta?Rumah sendiri huru hara tapi dalam masa yang sama dia cuba menghuru-harakan rumah orang.Kalau dulu dipukul canang Pak Lah lembik kononnya...Najib pulak boleh kita kategorikan sebagai apa?
Krediabiliti Najib yang semalam mencanang dirinya PM Rakyat semakin hari semakin dipersendakan.Kalau benarlah dia PM Rakyat...kita sebagai rakyat harus malu kerana ber PM kan orang seperti najib.

Langgan:
Catatan (Atom)